Assalamualaikum dan Salam Sejahtera untuk semua pembaca blog ni. Nama pena saya ialah Pemburu Si Penakut Hantu. Saya adalah salah seorang pengamal perubatan melayu atau lebih dikenali sebagai 'BOMOH'. Riwayat hidup sebagai seorang pengamal perubatan adalah lebih kepada mencari ilmu-ilmu perubatan alternatif tetapi masih berlandaskan hukum-hakam islam. Jika dulu saya penakut tetapi kini saya lebih yakin dengan diri sendiri selepas menemui teori yang akan anda baca dalam blog ini.
Sejak beribu-ribu abad yang lalu, Masyarakat Melayu di tanah Melayu mempercayai cerita karut-marut tentang perihal "HANTU". Tetapi sehingga kini bukti kewujudannya amat diragui dan tiada kesahihan. Sehingga kini manusia hanya mempercayai teori "wujudnya jin, syaitan, dan iblis didunia serta mereka ini dapat menyerupai pelbagai rupa". Teorinya betul tetapi hal ini telah menyebabkan orang ramai daripada kesemua lapisan umur iaitu golongan tua, muda mahupun kanak-kanak lebih takut akan hantu. Malah ada pula yang memujanya.